HEMODIALISIS
Hemodialisis
Pusat kami menawarkan perkhidmatan hemodialisis. Hemodialisis merupakan salah satu daripada kaedah rawatan kegagalan penyakit buah pinggang dan memainkan peranan sebagai pengganti fungsi buah pinggang yang mengeluarkan bahan kumuh dari badan.
Secara amnya hemodialisis merupakan rawatan di mana pesakit akan disambung kepada sebuah mesin yang mempunyai pam serta penapis yang bertindak sebagai buah pinggang “tiruan”. Ia merupakan rawatan 3 kali seminggu, sekurang-kurangnya 4 jam setiap sesi rawatan.
Penjagaan dan Rawatan
- Penjagaan rapi oleh pasukan kami yang amat berdedikasi.
- Semakan berkala oleh Pakar Nefrologi
- Ketersediaan Doktor /Orang Yang Betanggungjawab dalam kes-kes kecemasan
- Jururawat bertauliah Renal yang berdedikasi
- Peralatan hemodialisis yang terkini dan penggunaan bahan guna habis dengan sekali penggunaan sahaja
- Sistem rawatan air menggunakan teknologi terkini
- Suasana yang menyenangkan, bersih dan kondusif
Kos Rawatan
Bil | Pakej | Harga | Dialyzer |
1. | PAKEJ A | RM230.00 | Pakai buang |
2. | PAKEJ B | RM200.00 | Pakai buang |
3. | PAKEJ C | RM180.00 | Pakai buang |
4. | PAKEJ D | RM150.00 | Pakai buang |