DOKTOR

Pakar Nefrologi

Prof. Madya Dr. Che Rosle Bin Draman merupakan seorang pensyarah di Kulliyyah Of Medicine, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Kuantan. Latar belakang pendidikan mempunyai Sarjana Muda Doktor Perubatan, Universiti Sains Malaysia dan Master in Medicine (Internal Medicine) – Masters Degree (Clinical Specialist), Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Beliau telah dilantik oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sebagai Pakar Nefrologi sejak 2006 sebelum Unit Hemodialisis UTHM dipinda di bawah anak syarikatnya Algazel Medical Sdn. Bhd. (Pusat Haemodialisis Algazel). Pusat Haemodialisis Algazel telah melantik beliau sebagai Pakar Nefrologi/Doktor Pelawat sejak 2015. Beliau telah memberi rawatan secara berkala kepada pesakit dengan lawatan 3 bulan sekali.

Orang Yang Bertanggungjawab / Person In Charge (PIC)

Dr. Zulkifli Bin Taat merupakan seorang Doktor Perubatan merangkap Pengarah di Pusat Kesihatan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Latar belakang pendidikan mempunyai Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan, Universiti Malaya.

 

Beliau telah dilantik oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sebagai Orang Yang Bertanggungjawab sejak 2006 di Unit Hemodialisis UTHM selain bertanggungjawab sepenuhnya membangunkan Unit Hemodialisis UTHM ketika itu.

 

Sehingga kini beliau dilantik sebagai Orang Yang Bertanggungjawab oleh Pusat Haemodialisis Algazel sejak 2015. Selain Orang Yang Bertanggungjawab beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Lembaga Pengarah di Algazel Medical Sdn. Bhd. Beliau bertanggungjawab sepenuhnya pengurusan ke atas Pusat Hemodialisis Algazel  dan bertanggungjawab sepenuhnya di dalam memantau pesakit-pesakit secara keseluruhan.