LATAR BELAKANG SYARIKAT

ALGAZEL MEDICAL SDN. BHD. merupakan anak syarikat milik penuh UTHM Holdings Sdn. Bhd. (Syarikat Milik Penuh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia) yang telah ditubuhkan pada 11 Februari 2015. Syarikat ini telah memperolehi Lesen Untuk Mengendalikan atau Menyediakan Kemudahan atau Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta berkuatkuasa pada 4 Januari 2021 dan syarikat ini dikenali sebagai PUSAT HAEMODIALISIS ALGAZEL. Pusat ini telah mula beroperasi sepenuhnya bermula Februari 2021.

 

Nama AlGazel diambil sempena nama Abū Ĥāmid al-Ghazālī, (1058-1111) yang dikenali sebagai Algazel di Dunia Barat, adalah salah seorang ilmuwan Islam yang mahir dalam bidang Tasawuf, Teologi (Kalam), Falsafah, Logik, Fiqh, Akhlak, Kenegaraan dan Siasah.

 

Tujuan pusat ini ditubuhkan adalah untuk menjalankan perkhidmatan perubatan dan kesihatan kepada masyarakat setempat khusus dan sekitar amnya kepada individu yang mengalami masalah kegagalan buah pinggang secara normal.